Antarabangsa

Pemimpin Hamas Tolak Solusi Dua Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 26 JANUARI 2024 – Pegawai tinggi Hamas, Khaled Mashaal telah menolak seruan terhadap perundingan bagi urusan keamanan menerusi solusi dua-negara dalam menghentikan peperangan yang sedang berlaku di Gaza.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Mashaal dengan menyatakan bahawa warga Palestin sama sekali tidak akan mengakui keabsahan “entiti Zionis” di Jerusalem Barat. Ujarnya lagi sewaktu ditemu bual oleh penyiar Ammar Taqi,

“Kami tidak ada kena mengena dengan solusi dua-negara.”

“Kami menolak Cadangan ini kerana ianya bermaksud bahawa kami akan dijanjikan sebuah negara, namun kamu perlu mengiktiraf keabsahan negara lain, iaitu entiti Zionis. Ini tidak dapat diterima.”

“Saya percaya bahawa kejadian 7 Oktober telah menguatkan keyakinan ini, telah mengurangkan perselisihan faham dan telah menjadikan idea tentang pembebasan Palestin sebagai idea realistik yang telah bermula.”

“Ianya bukanlah sesuatu yang hanya semata-mata dijangka atau diharapkan. Ianya adalah bahagian daripada perancangan, sebahagian daripada agenda dan kami akan terus teguh.”

Kenyataan Mashaal itu dikeluarkan pada masa di mana Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan para penyokong solusi dua-negara telah memberi tekanan terhadap para pemimpin Israel bagi berunding dengan pihak Palestin mengenai pendekatan tersebut namun Israel juga telah bertindak menolak pendekatan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: