Antarabangsa

Pemimpin Dunia Berkumpul di Davos, Bincang Penyakit X

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DAVOS, 20 Januari 2024 – Para pemimpin dunia telah berkumpul di Davos untuk majlis mesyuarat tahunan World Economic Forum yang mana pada Rabu lalu mereka telah membincangkan mengenai Penyakit X, sebuah virus yang disangkakan 20 kali lebih merbahaya daripada COVID-19.

Dua tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumpulkan 300 orang saintis untuk membuat pemerhatian terhadap 25 jenis keluarga virus dan bakteria untuk membuat satu senarai pathogen yang dipercayai boleh menyebabkan kekacauan teruk.

Antara yang terdapat di dalam senarai tersebut adalah Penyakit X, yang kewujudannya telah mula diakui oleh WHO pada tahun 2018.

WHO menyatakan bahawa virus tersebut “mewakili pengetahuan bahawa sebuah epidemik antarabangsa yang serius dapat diakibatkan oleh pathogen yang tidak diketahui.”

Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu lalu di Davos telah menyatakan bahawa COVID-19 berkemungkinan adalah Penyakit X yang pertama.

WHO juga turut menyatakan bahawa tanpa sebarang persediaan, penyakit yang berkemungkinan berlaku dalam skala tersebut boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding dengan COVID-19 yang dihadapi sebelum ini.

Ghebreyesus dalam kenyataan yang sama juga menyatakan bahawa WHO dengan kerjasama organisasi-organisasi global yang lain telah meletakkan inisiatif bagi persediaan pandemik atau epidemik besar-besaran akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: