Pemimpin DAP Mahu Pusing Negara, Kempen Mansuh SOSMA
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PULAU PINANG, 23 Januari 2023 – Pemimpin DAP, P. Ramasamy akan menganjurkan kempen untuk menyeru Kerajaan agar menghapuskan Security Offences (Special Measures) Act 212 (SOSMA) di seluruh negara.
Kempen tersebut turut bertujuan untuk memberi kebebasan kepada lebih daripada 100 individu yang kini ditahan di bawah undang-undang tersebut.
BACA JUGA: Pengangkutan Percuma Untuk OKU & Pelajar Sekolah – Menteri
BACA JUGA: Tempelak Menteri Kritik Filem ‘Pulau’, Women Aid Organisation Disanggah
BACA JUGA: Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong
P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang menyatakan bahawa tindakannya itu adalah disebabkan undang-undang tersebut bersifat draconian dan telah menyebabkan ramai orang ditahan untuk mengikuti perbicaraan tanpa suatu tempoh masa yang tetap.
Beliau turut menyeru agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution melepaskan dahulu para tahanan SOSMA sementara pihak Kerajaan membuat semakan semula undang-undang tersebut.
Kenyataan tersebut dibuat oleh P. Ramasamy di KOMTAR setelah beliau bertemu dengan keluarga 33 tahanan SOSMA dari Sungai Petani, di mana para tahanan ini telah berada dalam tahanan sejak September 2020.
Menurutnya lagi, Pakatan Harapan pernah menyokong tindakan agar SOSMA dihapuskan, namun kini pendirian mereka tidak jelas setelah menubuhkan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN).