Tempatan

Pemimpin Bersatu Dakwa DAP Kerap Ugut Tun M Ketika Jadi PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2023 – Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris mendakwa DAP sering mengugut dan tidak menghormati bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), lapor sebuah berita tempatan.

Dedah beliau, “Contoh paling nyata semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Salah satu DUN ialah Pekan Nenas, masa ini ADUN itu daripada DAP dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP ketika itu) datang jumpa Tun dan berkata sekiranya tidak dirikan SJKC di Pekan Nenas, orang Cina DAP takkan sokong calon PH di Tanjung Piai.”

Jelasnya, demi menarik undi dan menjaga hati rakan kongsinya, Tun M terpaksa akur dengan desakan tersebut dan membina SJKC di Tanjung Piai namun PH akhirnya kalah besar dalam PRK itu.

Dalam pada itu, terdapat juga perbezaan pendapat mengenai pembiayaan rumah ibadat bukan Islam di mana DAP turut menuntut peruntukan yang sama rata buat semua rumah ibadat tanpa mengira agama.

BACA JUGA: Saman Seluar Pendek: Bantahan Hak Asasi Bukan Melayu Dicabul Tak Berasas – Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

BACA JUGA: Isu Menteri Buat ‘Kecoh’ Di KLIA: SPRM ‘Buru’ Ejen

BACA JUGA: PERHATIAN! Fenomena Air Pasang Perbani Berlangsung 4 Hari Ini

“Peruntukan untuk surau dah ada dalam bajet setiap tahun, tetapi peruntukan untuk rumah ibadat bukan Islam ini adalah ehsan Kerajaan kerana rumah ibadat bukan Islam tak banyak seperti masjid dan surau.”

Mengulas lanjut, Zuraida Kamaruddin yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu turut mendedahkan bahawa DAP secara terang-terangan mengugut Tun M di pentas ceramah PRK Sandakan pada Mei 2019 di mana Lim Kit Siang pada waktu itu memberi amaran akan melepaskan jawatan penasihat DAP sekiranya Tun M tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Oleh itu, saya ingin mengingatkan Loke dan pimpinan DAP lain tidak bersikap ‘lempar batu sembunyi tangan’ berkaitan peletakan jawatan Mahathir setelah 22 bulan memerintah negara.”

“Sikap DAP yang tidak ikhlas dalam menyokong pentadbiran Mahathir ketika itu secara langsung turut menyumbang kepada peletakan jawatan Perdana Menteri ketujuh ketika itu,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: