Antarabangsa

Tentera Rusia ‘Berperang’ Dengan Angkatan Blok Barat – Menteri Pertahanan Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 22 Disember 2022 – Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu telah membuat kenyataan mengenai penglibatan para pegawai NATO di barisan hadapan konflik di Ukraine bersama dengan persenjataaan dan lain-lain bekalan yang bernilai lebih $100 bilion daripada rakan-rakan blok tersebut.

Shoigu telah menyatakan bahawa pihak tentera Rusia kini berhadapan dengan tentera para sekutu Barat di dalam konflik Ukraine.

Kenyataan tersebut dibuat pada Rabu lalu ketika beliau sedang berada di dalam mesyuarat bersama dengan pemimpin-pemimpin tertinggi tentera di Moscow. Beliau selanjutnya menyatakan,

“Amerika Syarikat (AS) dan para sekutunya telah membekalkan alat persenjataan kepada Kiev, melatih tentera Ukraine, menyediakan maklumat, menghantar penasihat serta alatan ketenteraan serta memulakan peperangan maklumat dan sekatan terhadap kita.”

Shingu turut menyatakan bahawa negara-negara NATO setakat ini telah membelanjakan lebih dari $97 bilion bagi penghantaran senjata kepada Ukraine dalam membantu memulihkan kekalahan yang dihadapi oleh Ukraine dalam berdepan dengan tentera Rusia. Menurutnya,

“Para pegawai NATO, anggota artileri dan pakar-pakar lain kini berada di zon operasi pertempuran (di Ukraine).”

Selain itu, Shingu turut membuat kenyataan bahawa terdapat lebih dari 500 buah satelit yang kini sedang beroperasi untuk menyediakan maklumat bagi pihak tentera Ukraine, di mana hanya 70 buah daripada satelit-satelit itu yang benar-benar bersifat ketenteraan manakala yang lainnya adalah bersifat dwi fungsi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: