Tempatan

Pemilik Salon Kecantikan Sedar Haram Ubah Ciptaan Allah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SETIA ALAM, 17 Ogos 2022 –  “Saya kini sudah sedar haram hukumnya mengubah ciptaan Allah jadi cukuplah setakat ini,” kata pemilik salun kecantikan yang dikenali sebagai Danny.

Lapor sebuah portal tempatan, kisah Danny pernah tular selepas membuat sidang media mengenai keadaan hidungnya yang rosak akibat pembedahan oleh pihak yang tidak bertauliah atau memiliki lesen LCP khusus untuk pembedahan.

“Hasil pembedahan itu tidak seperti yang diharapkan dan akibat kecacatan dialami, saya mengalami kemurungan selama setahun enam bulan,” kata pemilik dannyrichsaloon itu.

Bercerita lanjut, Danny mengaku tidak berpuas hati dengan rupa parasnya. Atas sebab itu, dia mengaku sudah melakukan lebih 10 kali pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya membabitkan anggaran kos hampir RM300,000.

“Ikutkan emak menentang keras dan saya percaya tiada ibu yang menyokong anaknya mengubah ciptaan Allah. Adik beradik juga ada nasihatkan tetapi saya teruskan juga.”

“Cukuplah kini saya menjaga wajah dengan memakai produk kecantikan saja. Saya nasihatkan orang di luar sana, sebaiknya rujuk dan lakukan pembedahan dengan doktor bertauliah.”

“Bagi yang sudah cantik pula, jangan buat (pembedahan kosmetik). Terima diri dan ciptaan Allah seadanya,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button