Tempatan

Pemilik Kelab Malam Hubungi KJ, Mohon Operasi Semula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2022 – “Kami menghubunginya untuk berbincang, mudah-mudahan kita akan dapat persefahaman dalam minggu-minggu mendatang.”

Jeremy Lim, pemilik kelab malam Dragonfly KL berkata kumpulan itu menghubungi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagi membincangkan tentang langkah pembukaan semula kelab malam dengan selamat.

Lim yang juga Naib Presiden Persatuan Pemilik Restoran Dan Bistro mengakui kebimbangan kerajaan untuk membenarkan industri tersebut beroperasi semula, namun mereka berhadapan dengan hutang dan kerugian berjuta ringgit akibat penutupan sejak dua tahun selepas COVID-19 melanda, lapor The Malaysian Insight.

Lim turut berharap kerajaan tidak membatalkan lesen hiburan jika kerajaan masih tidak membenarkan pemegang lesen hiburan beroperasi, sebaliknya mempertimbangkan untuk membenarkan mereka beralih kepada perniagaan lain.

Kelvin Lam, pengurus besar TREC KL yang menempatkan kelab seperti Zouk KL, The Iron Fairies dan Le Noir berkata, perniagaan merosot teruk.

TREC KL ialah tempat hiburan yang disahkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Pelancongan Kuala Lumpur 2015-2025.

Menurut Lam, larangan pembukaan operasi sektor hiburan akan menjejaskan industri pelancongan sekaligus menjejaskan ekonomi Malaysia.

Sebelum ini, Khairy berkata kelab malam akan kekal sebagai aktiviti terlarang walaupun negara beralih kepada fasa endemik pada 1 April kerana ia disifatkan sebagai premis berisiko tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: