NGO

PEMILIK FB ISWARDY MORNI MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI YDP AGONG – HAJI RASHIDI HARIS

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Tidak pasti apa maksud sebenar video ini tular pentas di maya tetapi kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh individu di laman Facebook bernama Iswardy Morni Official, dari intonasi ucapan, body language dan mimik mukanya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati individu tersebut dengan apa yang sedang berlaku sekarang di dalam negara kita.

Rujuk pautan berikut: https://www.facebook.com/IswardyM/videos/490843045517880

2. Rakaman video oleh individu tersebut bukan sahaja menggunakan bahasa biadab terhadap DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tetapi juga mendakwa baginda YDPA tidak berbuat apa-apa untuk menangani penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara serta melaung perkataan; “lawan tetap lawan, Tuanku”.

Di antara kenyataan-kenyataan biadab beliau sepanjang rakaman video termasuklah:

a) “Tuanku, hari itu ada orang buat video pasal saya, Tuanku. Dia kata saya mengutuk Yang di-Pertuan Agong. Tuanku dapat tak video tu? Oh, Tuanku? MAEPS dekat Serdang, Tuanku. Oh, Tuanku? Tuanku? Tuanku? Tuanku? Tuanku, bangun tak? Tuanku, bangun tak? Ha, bangun tak bangun ni?”

b) “Yalah, kita tahulah istana tu sedaplah, makan minum tidur apa semua kat situ, sedaplah, tahu.

c) “So Tuanku nak buat apa, Tuanku? Kalau tahun lepas 2018 saya ingat lagi Tuanku ya, Tuanku cepat, cepat bertindak, oish, cepat sungguh bertindak, Tuanku. Sekarang macam mana, Tuanku? Bila nak bertindak? Tak apalah, Tuanku. Tak apalah. Biarlah ramai rakyat Tuanku matilah.

d) “Lawan tetap lawan, Tuanku.”

3. Pada baris akhir kenyataannya dengan menyebut; “Lawan tetap lawan, Tuanku” tersebut boleh membawa konotasi seperti mahu “menghasut rakyat bangkit melawan YDPA”, atau mungkin ada maksud lain, tapi maksud melawan amatlah jelas. Dalam masa yang sama, baris perkataan sedemikian sangat membahayakan terhadap institusi Raja-Raja Melayu (RRM) seolah-olah sama seperti perancangan dalam video Wan Ji yang juga pernah mencadangkan pada tahun 2030 institusi RRM akan dihapuskan.

4. Kenyataan yang seperti itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menyebut apa-apa perkataan menghasut yang boleh mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan serta di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

5. Oleh itu, pihak berwajib terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus bertindak segera mengarahkan pasukan PDRM agar menahan dan menyiasat individu ini serta mengarahkan pihak MCMC segera menyekat dan mengeluarkan kenyataan supaya video ini dipadamkan (deleted) dan disarankan kerajaan mengeluarkan perintah tegas melarang rakaman video ini ditular. Sesiapa yang melanggar perintah ini akan dikenakan tindakan undang-undang bersyubahat menghasut rakyat membenci YDPA.

6. Akhir sekali, dalam keadaan negara sedang diancam penyebaran pandemik COVID-19 yang semakin menular dan kerajaan telah mengumumkan Full Lockdown di seluruh negara, rakyat seharusnya memfokus kepada memberi kerjasama membantu kerajaan menghadapi bahana yang sedang dihadapi oleh negara. Bukannya menghasut rakyat menentang polisi kerajaan dan menghina YDPA. Kita menjunjung Prinsip Rukunegara dan pertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media PEMBELA
Ketua Aktivis MUAFAKAT

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button