Tempatan

Abang Viva Lulus Kursus JPAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 19 Julai 2022 – Azwan Omar, 30, sukarelawan banjir yang terkenal dengan panggilan Abang Viva kini selesai menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam di Ayer Keroh pada Isnin lalu.

Ketika ditemui pemberita beliau berkata, beliau telah mempelajari pelbagai kemahiran asas penyelamatan termasuk bantuan pernafasan (CPR) dan ikatan tali disaat kecemasan.

Menurutnya, beliau kini berasa lebih yakin untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa bencana terutamanya melibatkan banjir setelah mempelajari ilmu asas penyelamatan.

“Saya sudah tahu bagaimana cara memberikan CPR dan ikatan simpul mati dengan lebih baik, selain menjadi lebih berdisiplin yang mana pengalaman ini tidak dapat di tempat lain.”

“Sebelum ini tengok orang pengsan pun saya lari, sekarang insya-Allah saya boleh bantu dengan ilmu yang ada semasa menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari tersebut disertai 42 peserta terdiri daripada guru, pelajar tingkatan enam dan orang awam.

Terdahulu, kisah Abang Viva tular di seluruh negara apabila dia menggunakan kereta Perodua Viva untuk membawa sebuah bot getah demi menyelamatkan mangsa banjir dan hanya berbekalkan wang tunai sebanyak RM50 untuk mengisi minyak kereta dan membeli makanan buat mengalas perut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: