Antarabangsa

Pemilihan Gabenor AS Di 36 Negeri, Isu Senjata, Pengguguran Janin Jadi Penentu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 08 November 2022 – Pemilihan gabenor di beberapa negeri pada pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat (AS) pada hari ini adalah ditentukan dengan beberapa isu seperti pengguguran janin, hak mengundi serta isu senjata api.

Pada pemilihan kali ini pihak Demokrat kini berusaha bagi memastikan penguasaan mereka bagi kedudukan gabenor di Pennsylvania, Winconsin dan Michigan.

Ini bagi memastikan mereka terus mempunyai kuasa bagi menggunakan pendekatan veto terhadap undang-undang mengatasi penguasaan tiga negeri yang kini sedang dikuasai oleh pihak Republikan, yang mungkin akan menghalang hak bagi pengguguran janin dan akses bagi hak mengundi.

Kemenangan pihak Republikan di negeri-negeri yang menjadi pertaruhan termasuk Arizona akan memberi implikasi terhadap pilihan raya White House yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Secara keseluruhannya, 36 negeri di AS akan memilih gabenor mereka pada hari ini dengan majoriti daripada mereka adalah sama ada dari penguasaan Demokrat ataupun Republikan.

Kini pihak Republikan menguasai 28 daripada keseluruhan kerusi, manakala lawannya Demokrat pula menguasai selebihnya iaitu 22 kerusi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: