Tempatan

Bukan Senyap, Tunggu Kerajaan Stabil Baru Cadang Laksanakan Hudud – Amar Nik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 04 Ogos 2022 – “Perjuangan hudud termasuklah mengangkat syariat Islam tidak pernah berubah sebaliknya terus kekal utuh bersama PAS,” ujar Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Majlis Sambutan Hari Hududullah pada Rabu lalu.

Katanya, keutamaan PAS pada waktu ini adalah memastikan Kerajaan yang ada di Malaysia kekal dan stabil.

“PAS ini, antara matlamat perjuangan kita adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud. Dan ia kekal sebagai agenda kita. Sebab, perjuangan kita tak berubah.”

“Cuma, dalam keadaan tertentu, ada keutamaan. Macam sekarang, orang tanya kenapa kita senyap? Sebab, keutamaan sekarang ini ialah memastikan Kerajaan Malaysia kekal dan stabil.”

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mengakui, kedudukan PAS dalam kerajaan tidak kuat.

“Kita tahu kedudukan PAS dalam Kerajaan pun tak kuat. Jadi, kita tunggulah dulu (hudud).”

“Mungkin lepas pilihan raya sebagai contoh, atau suasana yang mengizinkan kerana kesedaran masyarakat dan sebagainya, kita kemukakan balik.”

Dalam pada itu, beliau berkata PAS tidak akan berputus asa untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang hudud.

“Kita senyap dari segi perundangan namun usaha beri kefahaman kepada masyarakat tetap diteruskan, sebagai contoh sambutan Hari Hududullah ini adalah usaha kita bagi kefahaman kepada masyarakat.”

Jelasnya, masyarakat harus didedahkan tentang tanggungjawab melaksanakan undang-undang Islam sekali gus memberi kefahaman kepada mereka yang berpandangan negatif terhadap undang-undang Islam.

“Terdapat beberapa isu dalam perlaksanaan hukum Islam, pertama sekali kejahilan. Kalau kita guna bahasa itu, kejahilan masyarakat, orang tidak faham.”

“Apabila sebut undang-undang Islam, terus terfikir dalam kepala dia, potong tangan. Asal mencuri, potong tangan. Dia tidak tahu syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi.”

“Jadi, sebab itu, tanggungjawab memberi kefahaman ini penting,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: