Antarabangsa

Bunuh Komuniti Orang Asli Kanada: Seorang Suspek Pelampau Kulit Putih Ditemui Maut

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OTTAWA, 06 September 2022 – Polis Kanada memaklumkan, seorang dari dua suspek pelampau kulit putih yang menikam mati 10 penduduk dan mencederakan 18 yang lain ditemui mati.

Damien Sanderson, 31, ditemukan mati semalam di James Smith Cree Nation, kawasan perumahan kepada beberapa orang mangsanya.

“Damien mengalami kecederaan yang dipercayai bukan dilakukan oleh dirinya sendiri,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Diraja Kanada, Rhonda Blackmore.

Tambahnya, Myles Sanderson, abang Damien, mungkin cedera dan mendapatkan rawatan perubatan.

“Walaupun dia cedera, ia tidak bermakna dia masih tidak berbahaya.”

Ujar Rhonda Blackmore lagi, Myles mempunyai rekod jenayah yang panjang melibatkan jenayah terhadap individu dan jenayah harta benda.

Justeru, Penolong Pesuruhjaya Polis Diraja Kanada itu memberitahu orang ramai supaya tidak mendekati Myles jika dia dilihat.

Damien dan Myles Sanderson diburu polis Kanada selepas dipercayai terlibat dengan serangan menikam penduduk di dua buah komuniti terpencil di Wilayah Saskatchewan, Kanada, pada Ahad.

Salah sebuah komuniti yang ditikam dalam kejadian itu adalah komuniti Orang Asli, First Nation, yang mendiami James Smith Cree Nation.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: