Antarabangsa

Pembunuhan Kejam Remaja Pribumi Gemparkan Seluruh Australia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AUSTRALIA, 22 Disember 2022 – Australia sekali lagi telah didesak untuk mengakui realiti yang berlaku di negara tersebut, yang mana ianya telah disifatkan sebagai “perkauman yang telah berakar umbi”.

Desakan tersebut berlaku setelah kejadian bunuh yang melibatkan seorang remaja orang asli yang berusia 15 tahun, Cassius Turvey yang mana ianya telah menggemparkan seluruh negara.

Dalam kejadian tersebut, Cassius yang merupakan orang asli dari suku Noongar dari Australia Barat sedang berjalan pulang dari sekolah bersama rakan-rakannya pada Oktober lalu dan beliau telah diserang dengan batang besi.

Beliau dilaporkan telah meninggal dunia 10 hari setelah menerima rawatan. Kematian Cassius telah menyebabkan seluruh negara bersedih dan melakukan upacara berkabung serta mengumpul dana untuk diberikan kepada keluarga mangsa.

Berkenaan kejadian tersebut, ibu Cassius telah mempersoalkan tindakan pihak polis yang hanya mengambil kenyataan ringkas dari Cassius pada malam beliau dimasukkan ke dalam hospital dan tiada sebarang kenyataan lanjut yang diambil oleh pihak polis sebelum kematian Cassius. Menurut ibunya,

“Kami tidak mendengar sebarang berita daripada mana-mana detektif, juga dari polis. Tiada langsung. Selama lima hari penuh. Itu merupakan peluang mereka.”

Pesuruhjaya Polis Australia Barat, Col Blanch juga telah menerima kecaman berikutan tindakannya yang terlihat seakan-akan tidak mengendahkan isu perkauman di sebalik serangan tersebut, di mana beliau hanya menyataan bahawa ianya mungkin kes yang berkenaan berada di tempat dan masa yang salah.

Sebelum ini juga beberapa pembunuhan lain telah berlaku iaitu pada tahun 2004 dan 2016 yang mana ianya telah melibatkan beberapa kes berkaitan kekejaman terhadap orang asli di negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: