Antarabangsa

Pembunuhan Buffalo: Ideologi Politik Baru Punca Kebangkitan Pengganas Kulit Putih

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 16 Mei 2022 – Pembunuhan beramai-ramai di daerah Buffalo, New York, baru-baru ini menarik perhatian masyarakat kepada sebuah hakikat baru, pengganas kulit putih kian membiak.

NBC melaporkan bahawa 11 orang berkulit hitam ditembak oleh pengganas berkulit putih berumur 18 tahun. Lebih memeranjatkan lagi, pengganas tersebut juga membuat ‘siaran langsung’ (live stream) pembunuhannya melalui media sosial Twitch.

Modus operandi keganasan ini yang serupa dengan keganasan di Masjid Christchurch menimbulkan tanda tanya tentang bagaimana golongan kulit putih ini boleh menjadi pengganas radikal.

Menurut ADL , sebuah NGO sosial, keganasan oleh golongan pelampau kulit putih (white supremacist) ini berpunca daripada sebuah ideologi yang dikenali sebagai “The Great Replacement” (Penggantian Besar-Besaran).

Ideologi tidak masuk akal tersebut dimasyhurkan sekitar tahun 2011, di mana ia berpendapat bahawa imigran daripada Timur Tengah dan Afrika akan ‘menggantikan’ tempat golongan kulit putih di Eropah, sekaligus mengakibatkan kepupusan golongan kulit putih.

Menurut sebuah dokumen yang diperoleh, pengganas tersebut dipercayai telah ‘menganut’ ideologi pengganas tersebut melalui laman forum 4chan, dan dia memilih untuk mengganas di Buffalo kerana di situ terdapat kadar populasi bangsa Afrika yang tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: