Tempatan

Penyakit Anjing Gila Ragut 13 Nyawa Di Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 12 Ogos 2023 – Penyakit anjing gila atau rabies telah meragut 13 nyawa daripada 15 kes pada tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Pengarahnya, Dr Ooi Choo Huck berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tempoh yang sama tahun lepas yang hanya mencatatkan lapan kes.

Jelas beliau, sebelas daripada kes itu adalah disebabkan digigit oleh anjing, dua kes digigit atau dicakar kucing manakala dua lagi kes tidak mempunyai sejarah pendedahan yang jelas.

“Daripada 13 kes digigit atau dicakar haiwan, lapan pesakit tidak mendapatkan rawatan dari mana-mana kemudahan kesihatan,” ujar beliau.

BACA JUGA: Suspek Jual Darjah Kebesaran Pahang Secara ‘Online’ Telah Dikenal Pasti – Polis

BACA JUGA: Akta Anti Homoseksual : Bank Dunia Tahan Pinjaman Uganda

BACA JUGA: Pembinaan Lapangan Terbang Tioman Batal – Menteri

Walau bagaimanapun, jabatan itu telah menubuhkan klinik pasca-gigitan di 64 kemudahan kesihatan awam dan 29 kemudahan kesihatan swasta seluruh negeri itu bagi meningkatkan akses kepada rawatan dan vaksin anti-rabies.

Malah, sebanyak sebelas hospital di negeri tersebut turut menyediakan suntikan immunoglobulin rabies (RIG) kepada kes berisiko tinggi.

Susulan peningkatan jumlah kes, beliau justeru mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah pencegahan dengan membasuh luka kesan daripada digigit atau dicakar menggunakan air mengalir dan sabun dan seterusnya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Beliau turut mengingatkan pemilik haiwan agar mendapatkan vaksin rabies setiap tahun dan segera melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sekiranya haiwan peliharaan mereka menjadi agresif atau lesu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: