Antarabangsa

Pembunuhan Besar-Besaran Orang Asli Kanada, Dua Suspek Pelampau Kulit Putih Diburu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OTTAWA, 05 September 2022 – Polis Kanada memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dengan serangan menikam penduduk di dua buah komuniti terpencil di Wilayah Saskatchewan, Kanada, pada Ahad.

Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 15 yang lain cedera dalam kejadian tikaman itu, di mana salah sebuah komuniti terlibat adalah komuniti Orang Asli, kata Penolong Pesuruhjaya Polis Diraja Kanada, Rhonda Blackmore.

Katanya lagi, suspek telah dikenal pasti sebagai Damien Sanderson dan Myles Sanderson.

Dipercayai beberapa orang mangsa sememangnya merupakan sasaran suspek, namun mereka yang lain diserang secara rambang.

“Sungguh mengerikan apa yang berlaku di wilayah kami hari ini,” kata Blackmore, sambil menambah terdapat 13 tempat kejadian jenayah di mana sama ada orang yang meninggal dunia atau yang cedera ditemui.

Tambahnya, polis mula menerima laporan serangan itu sebelum pukul 6 pagi, Ahad. Serangan pertama melibatkan komuniti First Nation sebelum disusuli dengan banyak laporan lain mengenai serangan sama.

Polis berkata, maklumat terakhir yang diperoleh daripada orang awam ialah suspek dilihat di Regina, sekitar waktu makan tengah hari. Tiada kelibat atau penampakan sejak itu.

Polis Regina, Evan Bray, berkata, mereka percaya suspek masih berada di bandar Regina dan menggesa penduduk supaya mengikuti amaran dan memberikan maklumat jika ada.

Serangan tikaman ini adalah antara pembunuhan besar-besaran yang pernah berlaku dalam sejarah Kanada.

Pada tahun 2020 yang lepas, seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis menembak mati penduduk dalam rumah mereka dan membakar seluruh wilayah Nova Scotia, mengorbankan 22 orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: