Antarabangsa

Isu Pengiktirafan Anak Transgender Di Jepun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

 TOKYO, 21 Ogos 2022 – Mahkamah Jepun memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh transgender tidak boleh diiktiraf secara sah sebagai anaknya di sisi undang-undang.

Hal ini berikutan, terdapatnya sebuah kes di mana seorang wanita transgender yang jantinanya lelaki sewaktu lahir telah memperolehi dua orang anak perempuan bersama dengan pasangan perempuannya. Kedua orang anak perempuannya itu terhasil daripada spermanya yang telah diawet sebelum dia melakukan pembedahan tukar jantina, lapor sebuah portal berita.

Walau bagaimanapun, pasangannya itu diiktiraf sebagai ibu yang sah kepada kedua anak perempuan berkenaan atas sebab telah melahirkan mereka, namun permintaan wanita transgender tersebut untuk menjadi ibu bapa kepada anak-anak itu tidak diterima oleh Mahkamah Keluarga Tokyo pada Februari lalu.

Kata mahkamah berkenaan “Pada masa ini, tiada apa-apa dalam undang-undang Jepun untuk  mengiktiraf haknya sebagai ibu bapa.”

Dalam perkembangan lain, Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Tokyo memutuskan bahawa wanita transgender itu hanya boleh diiktiraf sebagai ibu dan bapa kepada anak perempuannya yang pertama sahaja kerana dia dilahirkan sebelum wanita transgender itu melakukan pertukaran jantina yang sah.

Setakat ini, Jepun kekal sebagai negara dari Kumpulan Tujuh (Group of Seven) yang menentang perkahwinan sejenis.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: