Tempatan

Kes Rayuan Kalimah Allah, Putrajaya Langgar Titah Diraja – Bersatu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2023 – Parti Pribumi BERSATU mendakwa Putrajaya melanggar titah diraja selepas Kerajaan Persekutuan menarik balik rayuan terhadap kes kalimah Allah yang memihak kepada Jill Ireland baru-baru ini.

Menurut Ketua Penerangan parti, Razali Idris, BERSATU berpendirian bahawa Menteri Dalam Negeri tidak berhak membuat keputusan mengenai penarikan balik rayuan tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja, pihak berkuasa agama Negeri dan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Agama Islam Kebangsaan.

Walaupun Menteri KDN Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan bahawa peraturan 1986 yang digunakan pada 2008 adalah rosak dan menyumbang kepada kemenangan Mahkamah, BERSATU tidak menerima penjelasan tersebut sebaliknya mendakwa keputusan penarikan balik rayuan itu adalah semata-mata politik.

BACA JUGA: MAIS Bantah Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah

BACA JUGA: Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Boleh Perintah Bicara Semula – Dato’ Dr Wan Ahmad Fauzi

BACA JUGA: Kenapa Kerajaan Perpaduan Sekarang Tidak Mahu Merayu? – Profesor Dr Rafidah Hanim

Razali mendakwa keputusan itu dibuat bagi mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak sekali gus menarik sokongan orang bukan Islam menjelang pilihan raya enam negeri akan datang.

Dalam pada itu, parti tersebut juga menolak dakwaan Perdana Menteri bahawa keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Jill hanya terpakai di Sarawak.

“Ini adalah kenyataan dangkal kerana Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia di mana Islam adalah agama Persekutuan dan Majlis Agama Islam Sarawak diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong,” tegas Razali.

BERSATU turut menggesa Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Naim Mokhtar menyatakan pendiriannya terhadap isu ini bahkan mempertahankan segala usaha Raja-Raja Melayu agar perkara melibatkan agama Islam ditangani sewajarnya.

Sebelum ini, pada tahun 2021, Raja Johor dan Selangor telah memutuskan bahawa Putrajaya mesti merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan pihak berkuasa agama masing-masing mesti mengambil tindakan undang-undang untuk menyokong rayuan berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: