PRU-15

Pembubaran Parlimen Elak Cetus Ketidakharmonian Dalam Pentadbiran Kerajaan – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 18 Oktober 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa langkah membubarkan Parlimen adalah untuk mengekang tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran Kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sikap tidak wajar dengan mengutuskan warkah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat bantahan terhadap pembubaran Parlimen.

“Saya ada bawa ke dalam mesyuarat Kabinet, supaya Kabinet tahu niat saya untuk membubarkan Parlimen. Memanglah ada berbagai pandangan, tetapi akhirnya saya membuat keputusan.”

Selain itu, beliau menyatakan bahawa keputusan membubarkan Parlimen sepatutnya tidak dipersoalkan kerana ia dijalankan mengikut proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

Malah katanya, hasrat untuk membubarkan Parlimen itu telah dimaklumkan secara isyarat dalam mesyuarat Kabinet terakhir iaitu sebelum pembentangan Bajet 2023.

Dalam pada itu, selain 12 Menteri tersebut yang membantah pembubaran Parlimen, Ahli Parlimen DAP Charles Anthony Santiago telah menamakan Dato’ Sri Ismail Sabri (Perdana Menteri), Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam sebuah saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menuntut deklarasi bahawa pembubaran Parlimen adalah tidak sah.

Senada dengan Ahli Parlimen DAP tersebut, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar juga memfailkan semakan kehakiman untuk menghalang Suruhanjaya Pilihanraya dari menjalankan Pilihanraya Umum Ke-15 selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: