Tempatan

Human Rights Watch Gesa Kerajaan Malaysia Terima Golongan LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2022 – “Kerajaan Malaysia harus segera menghentikan pembiayaan program pemulihan seperti mukhayyam, dan sebaliknya menyokong amalan penukaran agama dan menerima komuniti LGBT.”

Kenyataan itu ditulis oleh kumpulan pembela hak asasi manusia Human Rights Watch dalam laporan mengenai diskriminasi terhadap LGBT di Malaysia yang bertajuk ‘I Don’t Want to Change Myself’.

Dalam laporan itu, kumpulan itu mendakwa kononnya program pemulihan yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri serta program kaunseling di sekolah sedikit sebanyak akan membahayakan komuniti LGBT.

Oleh itu, kumpulan itu menyeru Kerajaan Malaysia supaya mendidik orang ramai termasuk pegawai awam tentang kepelbagaian jantina dan hak asasi manusia.

Dalam masa yang sama, kumpulan itu juga menggesa Kerajaan memansuhkan undang-undang yang mendiskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina.

Ini termasuk Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan, yang menjenayahkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah dan 377D yang menjenayahkan perbuatan tidak senonoh yang teruk.

Kumpulan itu juga meminta Parlimen menolak cadangan undang-undang yang meningkatkan hukuman jenayah Syariah yang dibenarkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355.

Di Malaysia, amalan homoseksual adalah bertentangan dengan undang-undang negara, bukan saja undang-undang jenayah Syariah tetapi juga undang-undang sivil.

Justeru, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan dan JAKIM dalam membanteras gejala songsang demi memastikan keharmonian dan prinsip Rukunegara, undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan serta Islam sebagai agama Persekutuan terjaga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: