Antarabangsa

Pemberontak Houthi Digesa Dedahkan Lokasi Periuk Api – Menteri Yaman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 05 April 2023 – Para aktivis dan pegawai kerajaan Yaman telah menyatakan bahawa kelompok Houthi mestilah mendedahkan kedudukan semua periuk api yang mereka telah tanam sebelum ini.

Ini bertujuan untuk mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah daripada berlaku dan untuk membantu proses pemulihan ekonomi Yaman.

BACA JUGA: KKM Tekad Tangani Masalah Doktor Kontrak – Menteri

BACA JUGA: Pertubuhan Islam Bantah Pembinaan Patung Mazu

BACA JUGA: Jho Low Rancang Derma Puluhan Juta Kepada Kempen Politik Obama

Menteri Maklumat Yaman, Muammar Al-Eryani telah menyatakan bahawa periuk-periuk api tersebut telah dihasilkan oleh Iran dan Hizbullah, bahkan kerajaan Yaman sama sekali tidak menghasilkan bahan letupan tersebut.

Menurutnya lagi, sebelum ini terdapat pemasangan yang berlaku secara besar-besaran sejak bermulanya rampasan kuasa oleh Houthi pada tahun 2014, di mana Houthi tidak “membezakan di antara kawasan ketenteraan dan orang awam”.

Muammar juga telah menyatakan bahawa kelompok militia tersebut telah menanam periuk api dalam jumlah yang terlalu banyak di dalam kediaman orang awam, sekolah-sekolah, masjid-masjid, pasar-pasar, kawasan penternakan dan pertanian, kawasan punca air, bangunan-bangunan kerajaan serta institusi-institusi persendirian.

Program yang dinamakan National Mine Action Program telah merekodkan bahawa “lebih dari 7,000 kes di mana orang awam yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh atau tercedera disebabkan jaringan periuk api tersebut.

Laporan program yang sama telah mengesahkan bahawa bahan letupan tersebut bukanlah milik tentera Yaman sebelum tahun 2014 dan ianya telah dihasilkan sendiri oleh Houthi, di bawah pengawasan pakar-pakar daripada Iran’s Revolutionary Guard Corps dan Hizbullah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: