Tempatan

PEMBERITAHUAN: Laluan FT012, Jalan Kuantan-Segamat Ditutup Sehingga 28 Januari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 08 Januari 2024 – Jabatan Kerja Raya Daerah Pekan dalam satu notis pemberitahuan memaklumkan bahawa Laluan FT102, Jalan Kuantan – Segamat ditutup mulai 07 Januari sehingga 28 Januari 2024 ini.

Menurut notis tersebut, laluan tersebut ditutup bagi semua jenis kenderaan susulan kejadian jalan mendap di Seksyen 102 (Berhampiran Kawasan Burung Unta) dan penutupan jalan itu adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh pihak Pasukan Projek FT012.

“Laluan Alternatif yang dicadangkan jika dari arah Kuantan ke Muadzam Shah, semua pengguna dilencongkan ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan – Endau) melalui Bandar Pekan) dan Laluan FT63 (Leban Condong – Muadzam Shah).

“Laluan Alternatif yang dicadangkan jika dari arah Gambang ke Muadzam semua pengguna dilencongkan ke Laluan FT82 (Pekan Batu Balek) ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan – Endau).”

Manakala, jika dari arah Muadzam ke Kuantan pula, semua pengguna dilencongkan ke FT63 (Leban – Condong Muadzam ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan – Endau).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: