Tempatan

Elak Berkempen Sentuh Isu 3R – MB Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEKAN, 02 Ogos 2023 – Semua pihak diseru agar tidak menyentuh isu 3R (Race, Religion, Royal) sewaktu berkempen, kata Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Kita tidak boleh berkempen setiap masa menyentuh isu 3R ini kerana negara kita ini masyarakat majmuk, sepatutnya kita bercakap bagaimana kita hendak membina negara kita ini, bagaimana kita hendak membangunkan ekonomi negara ini,” kata beliau yang juga Naib Presiden UMNO.

BACA JUGA: Penemuan Najis Tikus, 4 Kilang Makanan Diarah Tutup – JKNM

BACA JUGA: Ajaran Sesat Si Hulk: Tiada Kawasan Khusus Dikesan Di Selangor – KP Selangor

BACA JUGA: PRN: “Saya minta kepada Chow Kon Yeow untuk beri cuti”-Lim Guan Eng

Jelas beliau, sudah tiba masanya untuk memikirkan bagaimana hendak membawa negara ini ke arah yang lebih maju demi rakyat negara ini kerana sekiranya ekonomi negara menjadi lebih teruk ia akan memberi impak kepada rakyat serta generasi seterusnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Dataran Bandar Diraja Pekan, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu kenyataan semalam turut berkata bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang menyentuh isu 3R sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: