Tempatan

Pembelian Saham Azam Baki Melebihi Had Dibenarkan Pegawai Awam – Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 10 Januari 2022 – Kenyataan media SPRM baru-baru ini yang menampilkan tiga tampuk kepimpinan utama SPRM menyokong kepimpinan Azam Baki telah ditempelak pengguna internet yang mempersoalkan keabsahan pembelian saham tersebut.

“Penjawat awam tak boleh miliki saham bernilai RM100k,” ujar seorang pengguna Twitter dalam komen beliau.

“Kenapa tak ada tindakan tatatertib kat Azam Baki? Kalau beli waktu 2016 harga RM330K ini masih bertentangan dengan pekeliling?” soal pengguna lain.

Rata-rata pengguna internet merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, di mana perenggan ke-23 Pekeliling tersebut melarang pegawai awam daripada membeli saham dengan nilai melebihi RM 100,000 pada nilai semasa.

Seorang pengguna lain turut mempersoalkan kewajaran sokongan yang diberikan kepimpinan tertinggi SPRM terhadap Azam Baki.

“Securities Commission panggil nak siasat dia. Enam ahli LPPR suruh badan bebas menyiasat. Pegawai kerajaan tidak dibenarkan ‘trade’ saham lebih RM 100K Nak apa lagi?” soal pengguna tersebut dalam ciapan beliau.

“Penjawat Awam bukan kena buat deklarasi? Tak boleh pegang saham lebih RM100k?” soal seorang pengguna laman Twitter yang lain.

Kenyataan tersebut juga disokong oleh pengguna lain yang turut memuatnaik tangkap layar pekeliling tersebut.

“Ada pekeliling kerajaan kut! Macamana pula ada orang yang sokong Azam Baki ni?” ujar pengguna tersebut dalam komen beliau berserta kepilan Pekeliling yang dirujuk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker