Tempatan

Disyaki Pengikut Ahmadi Religion, Polis Berkas Lapan Individu Terlibat Himpunan LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2023 – Lapan individu disyaki pengikut Ahmadi Religion diberkas pihak polis selepas terlibat dalam himpunan yang didakwa berunsur lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli belah di ibu negara, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zin, kesemua suspek yang terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia antara 18 hingga 56 tahun ditahan di lokasi sama sejurus himpunan tersebut diadakan.

BACA JUGA: Dunia Kini Dalam Era Panas Melampau – Setiausaha Agung PBB

BACA JUGA: Petrol Tak Turun Sebab Hutang Negara Besar, Bakal Jejas Inisiatif Rakyat Lain – Rafizi

BACA JUGA: BN Janji Majukan Kawasan Perkampungan Cina Hainan Jika Menang PRN

“Siasatan mendapati individu terlibat memegang plakad berunsur LGBT selain beberapa perkataan menjurus kepada Ahmadi Religion,” kata beliau.

Beliau yang berkata dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur semalam turut memaklumkan bahawa salah seorang daripada suspek pernah diberkas kerana dipercayai mengedar risalah berkaitan Ahmadi Religion di sebuah masjid di Putrajaya dua minggu lalu.

Kesemua suspek direman selama sehari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Awam 2012, tambah beliau lagi.

Baru-baru ini, tular di platform media sosial memaparkan sekumpulan individu yang mengadakan himpunan didakwa berunsur LGBT di hadapan sebuah pusat beli belah di ibu negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: