NGO

PEMBELA MENOLAK PENYELESAIAN 2 NEGARA ISRAEL DAN PALESTIN

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

1. PEMBELA ingin menzahirkan rasa kesal dengan kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia yang menyokong Penyelesaian 2 negara: Israel dan Palestin baru-baru ini. PEMBELA tetap istiqamah dan konsisten dari dulu lagi menolak sebarang pengiktirafan terhadap kewujudan negara zionis Israel.

2. PEMBELA mengecam sebarang usaha untuk mengiktiraf kewujudan negara zionis Israel kerana berdasarkan kepada fakta sejarah ianya tidak patut wujud. Malah perkara ini dipersetujui oleh golongan Ortodoks Yahudi sendiri. Mana mungkin pendatang yang pada mulanya diberi izin untuk tinggal di tanah Palestin, melalui fasa kezaliman dan salah laku yang dilakukan terhadap terhadap rakyat Palestin boleh diberi pengiktirafan atas dasar inginkan perdamaian. Ini merupakan premis rasional yang salah.

3. PEMBELA ingin bertanya setakat ini, apakah rejim zalim zionis Israel menunjukkan tanda-tanda ingin berdamai dengan tuan punya tanah asal di Palestin? Jawapan mudahnya TIDAK SAMA SEKALI. Malah saban hari, tanah milik rakyat Palestin dirampas dengan kejam oleh rejim zionis Israel. Ditambah dengan pergolakan yang berlaku sekarang ini di mana serangan dilakukan terhadap jemaah yang ingin beribadat di tempat suci umat Islam Masjidil Aqsa.

4. Oleh yang demikian, PEMBELA ingin mengajak seluruh umat Islam agar menolak Penyelesaian 2 Negara kerana ianya tidak mempunyai sebarang asas untuk diterima. Perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh rejim zalim zionis Israel selama ini tidak boleh diterima oleh akal yang rasional. Justeru kerajaan Malaysia diminta agar tidak tunduk dengan desakan antarabangsa untuk menerima penyelesaian 2 negara ini.

Hj Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button