Politik

Jika Nilai Parti Hanya Sekadar Nyanyi Lagu Jelas Ianya Sangat Cetek – Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 10 April 2021 – Baru-baru ini Izmil Amri, penulis dan pemerhati politik yang juga ahli DAP mengeluarkan kenyataan bagi membidas kenyataan mantan Perdana Menteri ke- 7, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan DAP sebagai  parti ekstrem yang hanya berkhidmat untuk satu komuniti.

Mengulas ringkas tulisan Saudara Izmil Amri, Prof Mohd Ridhuan Tee berkata, jelas dia (Izmil Amri) tidak faham apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh DAP ataupun dia sebenarnya tidak faham dengan apa yang dia sendiri katakan.

“Dia ini faham atau tidak asas perjuangan DAP dan sejarah bagaimana DAP ditubuhkan dan matlamat sasar DAP?”

“Saya ingin bertanya kepada beliau, tahu tak apa dia Malaysian Malaysia? Tahu tak apa itu sosialis antarabangsa?”

Tegas Prof Ridhuan, nampak sangat Izmil ini cetek ilmunya dan masih kurang pengalaman.

“Menurutnya, DAP memang berbilang kaum tapi rasisnya kepada Cina?”

“Baik, cuba sentuh SJKC misalnya, pasti akan terlihat siapa DAP secara nyata,” ujar beliau.

Mengulas mengenai apa yang dikatakan lagu DAP sekadar lagu DAP, itu adalah tidak tepat.

“Cuba lihat Singapura nyanyi lagu dalam bahasa Melayu, “Majulah Singapura” apa jadi kepada Singapura, di mana bangsa lain?”

Tambah beliau, “Jika nilai parti hanya sekadar nyanyi lagu, jelas ianya sangat cetek.”

Sehingga satu ketika, DAP turut menolak apa jua konsep asimilasi ke atas bangsa Malaysia kerana dikaitkan dengan elemen UMNO untuk memelayukan Cina.

“DAP lebih memilih untuk menjadi lebih Cina daripada China. Begitu juga MCA dan Gerakan,” katanya.

Terdahulu, dalam reaksi kepada soalan pemberita tentang kerjasama UMNO-DAP, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah menjawab seperti berikut: “Saya telah bekerjasama dengan DAP dan parti itu ada kala ekstrem tapi kita boleh bersama-sama dengan mereka. DAP juga perlu sedar bahawa (Malaysia) negara berbilang kaum. Anda tak boleh kerja untuk kaum sendiri sahaja.”

Rasa tidak setuju Izmil Amri melalui rakaman jawapan Mahathir dalam bahasa Inggeris kepada wartawan tersebut telah disuarakan menerusi sebuah portal.

Kata Izmil, sejak duduk bersama Lim Kit Siang menandatangani Deklarasi Rakyat, Mahathir pernah hadir ke beberapa acara DAP dan melihat sendiri bagaimana parti itu jauh bersalahan daripada andaiannya selama ini.

 

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: