Tempatan

Menteri Tak Sepatutnya Mengajar Mufti – Aidil Khalid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 26 April 2022 – Aidil Khalid yang merupakan seorang peguam dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau berkata, menteri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seolah-olah ingin ‘mengajar’ Mufti.

Beliau tidak bersetuju dengan pandangan seorang Mufti yang menyatakan berdosa apabila seorang peguam membela orang yang salah tetapi pada masa yang sama, beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan mana-mana menteri yang cuba membidas kenyataan Mufti tersebut secara terbuka.

Hal ini kerana, Mufti dan Majlis-Majlis Agama tidak boleh dilihat seolah-olah berada di bawah telunjuk atau arahan mana-mana ahli politik.

Menurut beliau, apabila Mufti mengeluarkan pandangan maka, itu adalah menjadi pandangannya. Dan selagi mana ia tidak digazetkan, ia tidak akan memberi kesan kepada sesiapa. Badan Mufti mesti bebas, tanpa mengira sama ada mana-mana pihak setuju atau tidak setuju sekalipun dengan pandangan dan fatwa yang dikeluarkan badan tersebut.

“Yang nak ikut, boleh ikut sebagai panduan, yang tak nak ikut pun boleh untuk tidak ikut.”

“Pandangan Mufti berkenaan dengan duit haram kerja Peguam Bela itu, pada saya ialah bahawa untuk nak mengeluarkan sesuatu fatwa, Mufti bukan sahaja kena kuasai nas, tetapi juga kena faham perkara yang nak difatwakan itu.”

Namun, beliau berpandangan bahawa hal ini akan menjadi permasalahan apabila nas dikuasai tetapi perkara yang nak difatwakan itu pula tidak benar-benar difahami. Justeru aplikasi nas dan hukum tak kena.

“Dalam sejarah Islam pernah terjadi di zaman Uthmaniah, kopi difatwakan haram oleh ulama. Sebabnya, para Mufti menguasai nas berkenaan larangan bahan yang mengkhayalkan, tetapi tak kuasai kefahaman mengenai perkara yang nak difatwakan itu (mereka sangka kopi juga boleh mengkhayalkan).”

Tetapi dalam keadaan tersebut, orang awam pada ketika itu tidak mengikut fatwa berkenaan dan tidak mengendahkannnya dan sehingga pada akhirnya, fatwa itu hilang relevan.

“Hari ini kita lihat tok-tok Mufti juga ramai yang minum kopi,” ujar Aidil Khalid.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: