Antarabangsa

Pembatalan ‘Klausa Cucu’, 3 Juta Diaspora Yahudi Hilang ‘Kelayakan’ Kewarganegaraan Rejim Zionis

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 14 November 2022 – Pengerusi Otzma Yehudit, MK Itamar Ben-Gvir telah menuntut agar keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pengesahan “Reform conversion” dibatalkan untuk tujuan Undang-Undang Kepulangan.

Perkara tersebut telah dilaporkan pada Ahad lalu oleh stesen milik syarikat penyiaran awam Israel, KAN Radio.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Ben-Gvir turut menambah tuntutan agar bakal Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu turut dimasukkan dalam rundingan Pakatan.

Tujuan Ben-Gvir tersebut adalah untuk membatalkan undang-undang yang memberi pengesahan “Reform conversion” kepada Judaisme bagi mereka yang berminat dalam membuat perpindahan Aliyah dan berpindah ke Israel.

Sejak 1970, Undang-Undang Kepulangan Israel terpakai bukan hanya terhadap mereka yang dianggap Yahudi berdasarkan undang-undang Ortodoks, tetapi juga mereka yang menukar agama kepada Judaism, yang mana mereka ini terdiri dari pergerakan-pergerakan Reform dan Konservatif.

Namun pertukaran agama mereka ini tidak pernah menerima pengesahan daripada Ketua Rabbi di Israel.

Menurut Radio KAN, Ben-Gvir mahu mewujudkan situasi di mana hanya mereka yang telah bertukar kepada rabbi Ortodoks sahaja yang layak berpindah ke Israel. Ben-Gvir dan partinya juga turut dikatakan sedang menyusun langkah bagi mengatur tuntutan-tuntutan bersama rakan-rakan pakatan mereka yang lain, di mana semuanya adalah daripada kalangan Ortodoks.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: