Pembantaian Etnik Rohingya: Junta Tentera Myanmar Dihadapkan Ke Mahkamah Argentina
ARGENTINA, 09 Jun 2023 – Warga Muslim minoriti Rohingya berjaya secara individu membawa saksi hidup buat pertama kalinya di mahkamah Argentina yang membicarakan kes pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang yang dilakukan oleh para pegawai tentera Myanmar.
Sesi di mahkamah tersebut adalah sesuatu yang julung-julung kali berlaku dan ianya disifatkan sebagai “peristiwa yang bersejarah bagi keadilan”.
BACA JUGA: Sup Tulang Babi Makanan Tradisi, “Astaghfirullah” Kata Mantan Menteri KKOM
BACA JUGA: Tanah PDRM Tukar Milik Ke Gereja, Tiada Tindakan Lanjut – Menteri Dalam Negeri
BACA JUGA: Tiada Keperluan Sekatan Air Ketika Cuaca Panas-Menteri
Sesi pendengaran telah bermula pada Rabu lalu di Buenos Aires, di mana warga Muslim Rohingya telah tampil secara berdepan untuk memberi kesaksian tentang perkara yang berlaku di depan mata mereka mengenai keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Myanmar.
Sesi pendengaran yang akan berlangsung selama seminggu itu akan menyaksikan para saksi untuk memberi keterangan di hadapan pendakwa raya persekutuan Guillermo Marijuan, yang sedang mengumpulkan bahan-bahan bukti bagi kes ini.
Maung Tun Khin, presiden bagi Burmese Rohingya Organization UK (BROUK) yang mana organisasi ini telah bertindak memfailkan aduan kepada mahkamah di Buenos Aires pada 2019 telah menyatakan bahawa sesi mahkamah ini adalah sebuah perlawanan bersejarah untuk keadilan.
Menurutnya lagi, akhirnya sesi pendengaran secara langsung kini berlaku dan ianya adalah bukti yang sangat kuat. Ujarnya, perkara ini akan membuatkan pihak tentera Myanmar dipertanggungjawabkan bagi jenayah terhadap orang Rohingya dan ianya akan memanfaatkan semua orang di Burma.
Selain daripada testimoni di mahkamah, maklumat terperinci yang dikumpul oleh International Fact Finding Mission on Myanmar dari tahun 2017 hingga 2019 juga turut diambil sebagai bahan bukti.