Tempatan

Keselamatan & Kedaulatan Negara Dikompromi, Tiong Perlu Letak Jawatan – Hj Aminuddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2023 – “Lebih teruk lagi, kedaulatan dan keselamatan negara boleh dikompromi dan terdedah begitu sahaja dengan hanya melayan ‘karenah’ menteri.”

“Tiong King Sing perlu letak jawatan Menteri Pelancongan, atau lucutkan sahaja jawatannya itu jika PMX benar-benar ikhlas mengenai tatakelola dan integriti,” tuntut Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya.

Tuntutan ini dikeluarkan selepas laporan berita yang mendakwa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing membuat ‘kecoh’ di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menuntut pihak imigresen membebaskan pelancong China yang ditahan pada Khamis lepas.

BACA JUGA: AMARAN: Ribut Petir & Angin Kencang Bakal Badai Beberapa Negeri Sehingga Rabu

BACA JUGA: Air Terjun Gunung Ledang Kembali Dibuka

BACA JUGA: Malaysia Negara Top 4 Tangani Kehilangan Hutan

Tiong walau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa kehadirannya di sana telah mendedahkan rasuah di kalangan pegawai di lapangan terbang.

Kata Hj Aminuddin, dakwaan menteri bahawa beliau berada di KLIA ‘menyelamatkan’ seorang warganegara China kononnya dari komplot rasuah pegawai imigresen KLIA itu disifatkan keterlaluan dan mengganggu tugas penguat kuasa.

“Malah, pelbagai persoalan pula yang timbul apabila Menteri Pelancongan itu buat justifikasi tetapi hakikatnya nampak seperti ‘coverline’ dan mengalih isu. Apa yang pasti, Tiong King Sing sudah bertindak keterlaluan dan mengganggu tugas penguat kuasa dengan menyalahgunakan kedudukannya selaku seorang menteri. Itu pun macam tak ada kena mengena sangat. Kalau dia Menteri KDN mungkin ada kaitan juga kalau nak ‘goreng’ macam ini pun.”

Tambahnya, jika dibiarkan dan di’halal’kan tindakan sebegini, maknanya mana-mana menteri boleh buat apa sahaja seolah-olah pegawai-pegawai penguatkuasa hanyalah tunggul yang tidak perlu dihormati.

“Malah jika ‘kantoi’, boleh dikambinghitamkan sahaja pegawai yang ada dengan dakwaan-dakwaan tanpa bukti sebegini,” tempelak Hj Aminuddin yang juga dikenali sebagai aktivis itu.

Atas sebab ini, beliau sekali lagi menuntut Tiong King Sing untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Tiong King Sing perlu letak jawatan Menteri Pelancongan, atau lucutkan sahaja jawatannya itu jika PMX benar-benar ikhlas mengenai tatakelola dan integriti.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: