Antarabangsa

Pembangkang Turkey Kritik Draf Undang-undang Anti ‘Fake News’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKEY, 05 Oktober 2022 – Beberapa pertubuhan serta kesatuan wartawan telah membuat kritikan terhadap draf undang-undang baharu yang akan diperkenalkan di negara tersebut yang berkaitan dengan penjenayahan berita palsu.

Para wartawan yang menyebelahi kumpulan pembangkang mengatakan bahawa bil undang-undang tersebut adalah satu cubaan daripada pihak kerajaan bagi menghalang kebebasan bersuara dan menyekat media bebas.

Bil tersebut telah dibentangkan pada bulan Mei lalu oleh Presiden Parti AK, Recep Tayyip Erdogan dan telah menerima kelulusan oleh dua komiti parlimen.

Dibawah undang-undang tersebut, seseorang boleh dikenakan hukuman penjara di antara satu tahun hingga ke tiga tahun jika mereka didapati bersalah dalam menyebarkan maklumat palsu dengan sengaja.

Undang-undang baharu itu telah mula dibentangkan di parlimen pada hari semalam.

Beberapa wartawan telah berkumpul di luar bangunan parlimen di Ankara sebelum ini dan memegang sepanduk bertulis “Tidak kepada undang-undang tapisan” serta “Kewartawanan bebas adalah syarat bagi demokrasi”.

Ahli politik pembangkang negara tersebut telah cuba untuk menghalang bil itu namun mereka berkemungkinan tidak akan berjaya membuat demikian kerana Parti AKP memiliki majoriti sebanyak 334 kerusi daripada 581 kerusi keseluruhannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: