Tempatan

Jho Low Dan Bapanya Dijatuhi Hukuman Penjara, Hina Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2022 – Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jho dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng hari ini kerana menghina mahkamah.

Lapor berita tempatan, Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan sedemikian selepas mengeluarkan waran komital susulan permohonan yang dibuat oleh peguam bela 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Messrs. Skrine, salah satu firma guaman terbesar di Malaysia.

Dua individu tersebut didapati gagal mematuhi injuksi Mareva yang diberikan kepada 1MDB dan anak syarikatnya. Perintah injuksi itu memerlukan kedua-dua individu berkenaan mendedahkan lokasi keberadaan dan aset di mahkamah serta menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga penentuan kes antara plaintif dan defendan.

Mereka juga diperintahkan untuk membayar kos RM5,000 akibat tidak mematuhi dua perintah injuksi yang dikeluarkan.

Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan 1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Ltd memulakan prosiding penghinaan mahkamah melibatkan Jho Low dan bapanya.

1MDB dan anak syarikatnya itu memperoleh perintah injuksi pada 16 Mac, dan disahkan pada 20 April, di mana syarikat tersebut memohon untuk membekukan RM4.32 bilion aset Jho Low dan RM1.7 bilion aset bapanya, iaitu didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Injuksi itu juga mengehadkan perbelanjaan mereka iaitu tidak lebih RM20,000 sebulan setiap seorang untuk sara hidup dan perbelanjaan guaman. Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis jika memerlukan lebih daripada jumlah tersebut.

Selain itu, mereka juga perlu mendedahkan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung aset mereka sama ada dalam atau luar negara, atas nama mereka atau sebaliknya, dan sama ada di bawah milikan tunggal atau bersama. Ia seharusnya dibuat dalam tempoh 14 hari dari perintah 16 Mac, namun gagal bertindak sedemikian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: