Antarabangsa

Persidangan LGBT di Bangkok 19-23 September Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 08 September 2022 – Rangkaian Transgender Asia Pasifik (APTN) menerusi laman webnya menyatakan bahawa persidangan yang mengetengahkan hak asasi transgender akan dianjurkan di Bangkok pada 19-23 September ini.

Kata laman web terbabit, persidangan yang dinamakan “Mengimbas Semula Masa Depan Kita: Kepelbagaian Individu Transgender dan Jantina Bersidang Di Asia Tenggara” itu bertujuan untuk menilai pergerakan transgender, program dan inisiatif dalam negara serta sokongan khususnya terhadap akses kepada kesihatan, undang-undang pengiktirafan jantina, memerangi jenayah kebencian serta amalan terapi penukaran (conversion therapy practices).

Jelasnya, persidangan selama lima hari itu akan mengenalpasti ancaman serta sokongan untuk pergerakan transgender dalam subwilayah serta rangkaian dengan komuniti dari negara luar.

Persidangan itu juga akan mengenalpasti program dan inisiatif trans-spesifik, termasuk program pencegahan HIV dan AIDS.

Pada masa yang sama, persidangan Asia Tenggara tersebut turut akan membicarakan tentang ancaman dan sokongan yang dikenalpasti oleh komuniti mereka.

Persidangan itu akan diikuti oleh persidangan subrantau di Asia Selatan, Pasifik dan Asia Timur. Menerusi persidangan berkenaan mereka akan mengumumkan tentang Bengkel Penubuhan Kapasiti Serantau untuk Pembela Hak Asasi Transgender pada 2023.

Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengatakan bahawa isu LGBT kini kian membimbangkan dan perlu diberi perhatian daripada semua pihak.

Beliau berkata, LGBT bukan sahaja bertentangan dengan agama, moral dan budaya, malah ia bertentangan dengan undang-undang negara.

“Di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: