Tempatan
Pemangku Raja Pahang Santuni Mangsa Banjir
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUANTAN, 21 Disember 2021 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat menyantuni mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan Sungai Lembing semalam.
Selain PPS Sungai Lembing, Tengku Hassanal turut menziarahi mangsa-mangsa banjir di tiga PPS lain.
Selain itu, baginda juga turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban kepada mereka yang terkesan.
Turut mengiringi Kebawah Duli Tuanku, Ahli Parlimen Paya Besar YB Dato Indera Mohd Shahar Abdullah.