Tempatan

Pemangku Raja Pahang Mahu Kerajaan Negeri Sediakan Peruntukan Untuk Belia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 29 November 2021 – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya kerajaan negeri menambah baik langkah sedia ada bagi mewujudkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia di Pahang.

Titah itu disampaikan bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara yanag jatuh pada 30 Oktober 2021 yang lalu.

Baginda seterusnya menitahkan, kerajaan negeri dengan kerjasama pihak swasta mampu menyediakan persekitaran kondusif melalui kemudahan infrastruktur dan pembukaan peluang pemasaran kepada belia supaya dapat memasarkan produk serta perkhidmatan mereka di dalam dan luar negeri.

“Bantulah mereka dengan latihan dan keperluan yang bersesuaian. Saya percaya ramai belia terutama graduan berminat untuk menjadi usahawan.”

Dalam masa yang sama, Tengku Hassanal juga menasihati golongan belia supaya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak mudah rapuh serta meningkatkan budaya berpersatuan.

“Menerusi usaha ini, ia bukan sahaja dapat menyemai nilai dan jati diri malah berupaya merapatkan barisan dan mengukuhkan kesatuan dalam kalangan para belia di seluruh negeri.”

“Sehubungan itu, saya bertitah supaya kerajaan saya menyediakan peruntukan yang sewajarnya bagi membolehkan golongan belia di Pahang dapat terus aktif mengadakan pelbagai program dan aktiviti,” titah baginda.

Di samping itu, baginda juga turut memuji langkah kerajaan negeri memperkenal aplikasi PahangGo.

“Saya berharap inisiatif itu dapat ditambah nilai agar ia menjadi platform untuk usahawan terutama golongan belia memasarkan produk mereka dan seterusnya boleh mendapatkan pelbagai akses perkhidmatan kerajaan negeri dengan cepat,” titah baginda.

Titah ini disampaikan dalam Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Pahang yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Perdana Belia Negara kepada Pengerusi Gabungan Majlis Belia Felda Malaysia Daerah Bentong Mohammad Izzuddin Hamzah, 31, (kategori individu lelaki) dan Naib Presiden Majlis Belia Negeri Pahang Normarina Misuari Baharodin, 23 (kategori individu wanita).

Baginda juga berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Penaung Diraja dan Pelancaran Logo 50 Tahun Majlis Belia Negeri Pahang pada hari itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker