Tempatan

Pemangku Raja Pahang Dilantik Penaung Diraja Sukarelawan UMP

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEKAN, 18 Februari 2022 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilantik menjadi Penaung Diraja Sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di dalam Program Basikal Lestari UMP: Inisiatif Penghijauan Kampus yang dijalankan semalam.

Watikah pelantikan itu diserahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman setelah selesai menjalani semua acara dalam program tersebut.

Berikutan dari pelantikan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Kebawah Duli Tuanku dengan berkata,

“Ia dapat menyemarakkan lagi semangat warga UMP untuk terlibat dalam lebih banyak aktiviti sukarelawan.”

Dalam pada itu, Kebawah Duli Tuanku turut dikurniakan plat pendaftaran kenderaan khas ‘UC2’ bersempena dengan ulang tahun UMP kali ke-20.

Kebawah Duli Tuanku berkenan menjalankan aktviti berbasikal sejauh empat kilometer mengelilingi kampus UMP bersama sukarelawan yang terlibat semasa berlangsungnya program tersebut.

Baginda turut berkenan melaksanakan aktiviti menanam anak pokok kebangsaan yang dikenali dengan nama “Merbau” di Rimba Lestari. Tanah dengan keluasan dua hektar itu merupakan sebahagian daripada kawasan penghutanan semula.

“Terdapat lebih daripada 1,800 pokok termasuk 24 jenis pokok seperti ‘Meranti Tembaga’, ‘Beruas’, ‘Jelutung’, ‘Simpoh Air’, ‘Sungkai’ dan ‘Pokok Peluru’ di kawasan tersebut.”

Rimba Lestari yang merupakan sebahagian daripada kawasan penghutanan semula itu dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang.

Leave a Reply

Back to top button