Antarabangsa

Paderi Katolik Berpengaruh AS Peluk Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 27 Februari 2023 – Seorang paderi terkenal Amerika Syarikat (AS) daripada Gereja Katolik Timur, Hilarion Heagy telah membuat keputusan untuk memeluk Islam. Beliau menyifatkan keputusannya tersebut sebagai “kembali kepada Islam”.

Tindakan yang dilakukan Heagy tersebut turut disifatkan olehnya sebagai “seperti pulang ke tempat kediaman”.

Heagy, seorang mantan paderi yang tinggal di California itu sebelumnya adalah seorang pengikut Kristian Ortodoks Rusia. Beliau kemudiannya menyertai Gereja Ortodoks Antioch pada 2003 dan setelah itu bertukar kepada Gereja Katolik Timur.

BACA JUGA: Muslim Eropah Digesa Boikot Kurma Rejim Haram Israel 

BACA JUGA: Gesa Kerajaan Mansuhkan DLP, Kumpulan Dilabel “Ultra-Nasionalis”

Beliau telah menamatkan pengajian di Holy Resurrection Monastry di Wincousin sebelum menjadi paderi Katolik Byzantine dan baru-baru ini telah membuat pengumuman untuk membuka Biara Kristian Timur di California.

Heagy yang kini dikenali sebagai Said Abdul Latif kemudiannya membuat kenyataan di hantaran blog beliau dengan berkata “Saya telah tertarik dengan Islam sejak beberapa dekad lalu dan setelah itu saya telah memutuskan untuk mengambil keputusan ini”.

Menurutnya lagi, tindakan fizikal perlu diambil dan ianya hendaklah tersusun bagi memastikan perkara tersebut terjadi, seseorang itu tidak dapat secara terbuka menjadi seorang paderi, dan secara rahsia menjadi seorang Muslim.

Said Abdul Latif turut menyifatkan tindakan beliau dalam memeluk agama Islam sebagai “menuju kembali ke Timur” dan kembali kepada “identiti asalnya”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: