Tempatan

Pemangku Raja Pahang Berangkat Solat Hari Raya Aidilfitri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 13 Mei 2021 – Suasana sayu semasa khutbah raya dihayati oleh 50 jemaah yang hadir seperti tertakluk dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan dalam Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Sambutan Aidilfitri diraikan secara sederhana, namun penuh penghayatan rasa kesyukuran dalam gaya norma baharu di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, pagi tadi.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

Khutbah raya dibacakan oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehudin Ishak dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: