Antarabangsa

Pemandu Teksi Ubah Motosikal Mesra Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HAGONOY, 19 Oktober 2022 – Akibat banjir berterusan, pemandu-pemandu teksi motosikal di sebuah bandar di utara Filipina bertindak mengubah suai motosikal mereka untuk membolehkan teksi mereka mengharungi banjir.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa jalan di Hagonoy tidak dapat dilalui seperti biasa.

Paras air boleh mencecah setinggi dua meter pada musim tengkujuh, yang mana memaksa penduduk setempat terpaksa mengharungi air sedalam peha atau menaiki bot kecil jika hendak melaluinya.

Menurut pegawai, banjir berterusan itu berpunca dari masalah pengurusan sisa yang lemah dan peningkatan pembandaran yang pesat.

Dengan berinisiatif untuk melangsungkan kehidupan, mereka mengubah suai motosikal mereka dengan menambah tiub keluli pada garpu kenderaan.

Kesannya, ketinggian motosikal mereka meningkat beberapa kaki sekali gus dapat digunakan dalam keadaan banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: