Antarabangsa

Pemandu Gay Kini Dialu-Alukan Di Perlumbaan F1

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 09 Jun 2022 – Formula One kini mengalu-alukan pemandu gay pertamanya secara terbuka demi menyokong komuniti LGBTQ dengan mengadakan kepelbagaian dalam pasukan penyertaan kata Juara Dunia Formula One empat kali, Sebastian Vettel.

“Mungkin ia tidak berlaku sebelum ini, tetapi sekarang saya fikir pemandu gay Formula One perlu dialu-alukan dan sememangnya begitu,” kata Vettel, pemandu dari pasukan Aston Martin.

BACA: Muslim Boleh Wujud Bersama Jika Serahkan 2000 Masjid Kepada Hindu – BJP 

BACA: Haramain: Imam Masjidil Haram Kutuk Dan Kecam Jurucakap BJP Kerana Hina Nabi Muhammad

BACA: Jangan Gentar Dengan Negara-Negara Islam – Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders

“Saya rasa pemandu gay akan membantu mempercepatkan penghapusan prasangka dan membantu untuk memacu sukan kita ke arah yang lebih baik. Jadi saya fikir dan berharap sukan kita akan bersedia untuk itu,” katanya dalam sebuah temu bual bersama majalah LGBTQ, Attitude yang memaparkan dirinya sebagai muka hadapan.

Bukan itu sahaja, Lewis Hamilton, Juara Formula One dari pasukan Mercedes juga mengumumkan bahawa mereka akan berlumba di mana bintang pelangi akan diletakkan pada kereta mereka untuk tiga Grand Prix pada bulan Jun, yang dikatakan sebagai Bulan Pride, sebagai tanda sokongan.

Malah, Lewis mengatakan bahawa beliau dan rakan sepasukannya George Russell akan mempunyai ‘Bintang Pride’ pada topi keledar mereka sewaktu perlumbaan di Azerbaijan, Kanada dan Britain.

Tahun lalu, Vettel telah memakai baju-T berwarna pelangi bertulis ‘cinta sama’ (same love) menjelang Grand Prix Hungary pada awal Ogos 2021.

Katanya, beliau memakai baju berkenaan sebagai protes terhadap undang-undang anti-LGBTQ+ yang dikuatkuasa oleh kerajaan Hungary.

Tambahnya, beliau ‘berbangga’ untung menyokong komuniti LGBTQ+.

“Saya tidak gentar atau malu dengan warna pelangi, atau apa yang orang fikirkan,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: