Antarabangsa

Pemain Pasukan PSG Disingkirkan Kerana Enggan Sarung Jersi Pro LGBT

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 19 Mei 2022 – Pemain pasukan bola sepak gergasi Paris Saint Germain (PSG), Idrissa Gana Gueye baru-baru ini dkatakan telah terlepas sebuah perlawanan menentang Montpellier kerana enggan menyarungkan jersi bertemakan LGBTQ.

RMC Sport melaporkan bahawa ‘kehilangan’ pemain pertahanan terbabit bertitik tolak dari keengganannya untuk menyarung jersi dengan nombor bertemakan pelangi, sebuah warna yang sinonim dengan gerakan LGBTQ.

Gueye pada asalnya berangkat bersama pasukan PSG untuk sebuah perlawanan di stadium lawan (away game), namun kelibat pemain pertahanan tersebut tidak kelihatan dalam senarai pemain PSG bagi perlawanan tersebut.

Jurulatih pasukan, Mauricio Pochettino menjelaskan bahawa Gueye “perlu ‘meninggalkan’ senarai nama pemain utama atas alasan peribadi. Namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan”.

Kesemua perlawanan di Ligue 1 (liga bola sepak Perancis) yang lepas menampilkan nombor pada jersi pasukan ‘diwarnakan’ dengan warna pelangi sebagai sebuah tanda sokongan terhadap Hari Menentang Homofobia, Bifobia dan Transfobia yang jatuh pada tanggal 17 Mei.

“Komuniti LGBTQ bukan sahaja memaksa anda untuk menerima mereka, tetapi mereka juga memaksa anda untuk mempromosikan mereka. ‘Hebat’!” berikut merupakan komentar dari salah seorang pengguna laman sosial

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: