Antarabangsa

Pelajar Muslimah Disuruh Tunduk Pada Arahan Buka Hijab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANGALURU, 01 Jun 2022 – Seramai 12 orang pelajar perempuan Muslim daripada sebuah kolej universiti di Mangaluru disuruh patuh pada arahan Mahkamah Tinggi yang melarang sebarang pemakaian hijab di dalam kelas.

Demikian tindakan Timbalan Pesuruhjaya Daerah Dakshina Kannada, Dr Rajendra K.V. apabila didatangi pelajar-pelajar tersebut yang ingin memohon kebenaran memakai hijab di dalam kawasan universiti.

Lapor Telegraph India, katanya, pihak berkuasa universiti turut menghalang mereka daripada memasuki kawasan itu setelah pihak atasan memutuskan larangan pemakaian sebarang kain yang boleh mengganggu ketenteraman universiti.

“Pelajar-pelajar itu tidak sepatutnya mengganggu ketenteraman di kolej. Mereka perlu patuh pada perintah dan peraturan pihak atasan universiti. Saya telah meyakinkan mereka untuk menyelesaikan isu tersebut mengikut undang-undang dan mereka tidak patut melanggar garis panduan,” ulasnya seperti dilaporkan New Indian Express.

Dr Rajendra memetik keputusan Mahkamah Tinggi yang mengatakan, “Hijab bukan amalan agama yang penting dan etika berpakaian hendaklah dipatuhi, di mana pakaian seragam telah ditetapkan.”

Sementara itu, pelajar Muslim tersebut berkata bahawa Timbalan Pesuruhjaya tidak membantu dalam isu hijab ini.

“Isu ini berkait dengan pihak atasan universiti dan tiada kaitan dengan insiden hijab sebelum ini. Perintah Mahkamah Tinggi hanya terpakai untuk kolej peringkat pra-universiti dan bukan kolej peringkat ijazah,” ujar mereka.

Dalam pada itu, seorang pelajar menjelaskan, “Kami telah memberi surat kepada Timbalan Pesuruhjaya untuk menyemak peraturan berpakaian dan menyelesaikan isu ini secara diam-diam.”

“Namun setelah berlarutan lebih satu minggu, isu ini mendapat perhatian disebabkan oleh sebuah organisasi pelajar sayap kanan India, Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP).”

Menurutnya, para pelajar yang mempunyai hubungan dengan ABVP telah menyeru penganut Hindu untuk datang ke universiti dengan memakai selendang oren pada 24 Mei.

Terdahulu, pelajar-pelajar tersebut telah memohon kebenaran pemakaian hijab di dalam institusi pendidikan, namun tidak dibenarkan kerana universiti mempunyai kod pemakaiannya tertentu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: