Tempatan

Pelepasan Banduan Secara Lesen: PM Benarkan Banduan Islam Beraya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 April 2023 – “Sempena Aidilfitri, Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).”

“Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia membabitkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang Ramadan dan Syawal,” kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa membuat pengumuman khas bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

BACA JUGA: Penyelenggaraan Lebuhraya Tidak Kritikal Dihentikan Serta Merta Hingga 7 Mei Ini

BACA JUGA: Abaikan Dos Penggalak Punca COVID-19 Meningkat Menjelang Aidilfitri

BACA JUGA: Google Sekat 36 Aplikasi Popular, Pengguna Android Perlu Berhati-Hati

Ujarnya, ikhtiar ini adalah bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dalam sidang media sama, beliau turut mengumumkan berita-berita baik yang lain antaranya seperti pelaksanaan tol percuma selama empat hari.

“Pelaksanaan tol RAHMAH percuma tersebut akan bermula pada 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan 24 April 2023 (Isnin) ini.”

“Pelaksanaan tol RAHMAH percuma akan melibatkan 33 lebuhraya bagi semua kelas kenderaan,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: