Tempatan

Pelanggan Tampar Waiter Kerana Enggan Pasang Lagu Tamil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUBANG JAYA, 23 Mac 2022 – Seorang pelanggan lelaki dilaporkan telah menampar pelayan sebuah restoran kerana dikatakan tidak menunaikan permintaannya untuk memainkan lagu Tamil.

Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Jalan SS 15/5 Subang Jaya, dan kes itu telah dilaporkan di Balai Polis Subang Jaya.

BACA: Rusuh & Pukul Polis Dengan Kayu Di Cheras, 4 Individu Ditahan – Ketua Polis Cheras

BACA: YouTuber Seru Bunuh Umat Islam Kerana Cintakan Kedamaian

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak  

“Pada kejadian jam 10.30 malam, Ahad lalu, seorang lelaki bersama rakannya memesan minuman keras ketika berada di restoran berkenaan.”

“Semasa minum, suspek meminta mangsa memasang lagu Tamil namun suspek dimaklumkan, ia tidak boleh dilakukan kerana pemasangan lagu sudah ditetapkan serta tidak boleh diubah.”

“Suspek kemudian memarahi dan memaki hamun mangsa sebelum menampar pipi kiri mangsa,” menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.

Setelah itu, rakan suspek itu terus membuat pembayaran di kaunter restoran itu sebelum beredar dari premis tersebut.

Insiden itu kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: