Antarabangsa

Pelanggan Saman Bank Kerana Langgar Prinsip Syariah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MILIMANI, 05 Ogos 2022 – Seorang pelanggan telah menyaman Gulf African Bank atas tuduhan melanggar prinsip syariah perbankan dan gagal untuk mengembalikan geran milik peminjam meskipun telah membayar hutangnya.

Tye Rod Communications Ltd menyaman bank tersebut di Mahkamah Komersial Milimani, mendakwa Gulf African Bank enggan mengembalikan geran milik syarikat tersebut meskipun hutang itu sudah pun langsai.

Syarikat tersebut juga berkata, Gulf African Bank juga mengenakan faedah secara haram kononnya berdasarkan prinsip kewangan Islam.

Brenda Wanjiku Muchiri, Pengarah Tye Rod Communications Ltd berkata bahawa syarikatnya telah membuat pinjaman berjumlah hampir RM 900,000 daripada April 2014 sehingga tahun lepas berdasarkan akad perjanjian Islam.

“Tertuduh telah mengeksploitasi plaintif secara berterusan kononnya memberi produk kewangan Islam berdasarkan prinsip Islam,” tegas Brenda dalam kenyataannya di mahkamah.

Beliau berkata si peminjam menaikkan kadar pembayaran ansuran dan produk yang ditawarkan bukanlah berlandaskan Islam seperti yang telah dipersetujui tetapi syarikat telah ditipu untuk menyangkakan ianya adalah bercirikan Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: