Antarabangsa

Diplomat Utama EU Berjiwa Rasis- Menteri Luar Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 09 FEBRUARI 2023 – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov pada Selasa lalu telah membuat kenyataan bahawa dakwaan bahawa negara-negara Afrika adalah mudah untuk dimanipulasikan adalah sesuatu yang ‘on brand’ bagi Josep Borrell.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Lavrov sewaktu membuat kenyataan balas terhadap tuduhan ketua polisi luar Kesatuan Eropah (EU) yang telah mendakwa bahawa Moscow telah “menyebarkan maklumat yang salah”.

Borrell telah menyatakan kepada para diplomat EU sebelumnya dengan dakwaan bahawa Rusia telah menggunakan “manipulasi dan campur tangan maklumat” sebagai senjata peperangan.

BACA JUGA: KKM Tutup Restoran Makanan Segera Kota Kemuning

BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Kg Lembah Permai Kundasang Disahkan Kawasan Potensi Bencana Tanah Runtuh

Setelah mengetahui bahawa Lavrov telah berada dalam lawatan ke Mali dan Eritrea, Borrell kemudiannya menggelarkan kedua-dua negara Afrika tersebut sebagai “negara yang mudah” bagi Rusia untuk “menyebarkan penipuan berkenaan siapakah pesalah sebenar disebalik perkara yang berlaku”.

Sewaktu disoal mengenai tuduhan yang dilontarkan oleh Borrell, Lavrov telah mengeluarkan jawaban balas dengan mengatakan,

“Begitulah kata-kata seorang lelaki yang tidak dapat menyembunyikan sifat perkauman yang ada padanya”.

Lavrov juga telah menyatakan bahawa sebelum ini Borrell juga telah membuat kenyataan yang juga bersifat perkauman terhadap negara Afrika dengan menyifatkan negara-negara Afrika sebagai “hutan rimba”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: