Tempatan

PELANCARAN GERAKAN POST MORTEM COVID-19

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Jumaat, 13hb Ogos 2021, telah termeterai pelancaran Gerakan Post Mortem Covid-19 (GPMC) iaitu satu gerakan gabungan NGO-NGO yang mewakili rakyat Malaysia yang perihatin terhadap isu kebimbangan rakyat berkenaan keselamatan diri yang seolah-olah teraniaya dengan tindakan dan juga perlaksanaan SOP oleh pihak kerajaan yang menidakkan hak kepada rakyat yang memilih untuk tidak divaksinasi.

Berdasarkan situasi ini, GPMC dengan kerjasama NGO-NGO yang lain mengambil inisiatif untuk bertindak mewakili rakyat di dalam mencari kebenaran dan pembelaan kepada rakyat yang terkesan dengan isu vaksinasi yang semakin hari semakin parah dan perlu ditangani segera.

Penubuhan GPMC ini adalah berobjektif untuk memberi pencerahan kepada kekeliruan rakyat, membongkar dan menjelaskan setiap fakta dan data tentang kaedah perlaksanaan pandemik supaya dapat mengembalikan keharmonian hidup rakyat tanpa adanya diskriminasi.

GPMC mendesak pihak yang berwajib supaya membuat penilaian semula pelan tindakan dan juga kajian semula perlaksanaan SOP yang berpihak kepada mereka yang telah divaksinasi tetapi seolah-olah sedikit demi sedikit menghakis hak kepada mereka yang tidak divaksinasi.

Oleh itu GMPC merayu rakyat Malaysia supaya bersatu dan bersama bangkit untuk mempertahankan hak kita sebagai rakyat di sebuah negara yang mempunyai perlembagaan dan berlandaskan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button