Tempatan

Pelan Imunisasi Vaksin Covid-19: Bekas Pesakit Pun Disuntik – Dr Adham

PUTRAJAYA – Pelan Pelaksanaan Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan yang dijangka bermula pada 26 Februari 2021 ini akan turut melibatkan bekas pesakit Covid-19, demikian kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Katanya, kumpulan itu akan diberi suntikan dalam fasa ketiga selepas barisan hadapan meliputi 500,000 orang dan kumpulan berisiko tinggi meliputi kira-kira 9.4 juta penduduk.

“Mereka yang telah dijangkiti Covid-19 ini kita akan beri vaksin juga, mereka tidak dikecualikan sebab kita tak pasti berapa banyak imuniti diba­ngunkan dalam badan selepas mereka dijangkiti.”

Kerajaan menyasarkan seramai 23 juta rakyat untuk menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNtech secara percuma sebanyak satu atau dua dos bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pengambilan vaksin Covid-19 adalah secara sukarela dan orang ramai perlu mendaftar sebagai tanda setuju mendapatkan vaksin tersebut.

Di Denmark pula, ratusan penunjuk perasaan keluar di sekitar jalanan di Copenhagen, memprotes sekatan dilaksanakan kerajaan bagi membendung Covid-19 dan rancangan negara itu untuk membuat pelan “passport” sijil vaksinasi digital.

Seperti negara Eropah lain, Denmark berhasrat untuk membangunkan sijil digital vaksinasi Covid-19 untuk perjalanan.

Penganjur protes berkata, pasport seperti itu menunjukkan kewajiban untuk diberi vaksin dan sekali gus merupakan sekatan terhadap kebebasan individu.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button