Antarabangsa

Pelampau Hindu Arah Muslim Ketuk Ketampi Kerana Solat Tepi Jalan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UTTAR PRADESH, 25 September 2022 – Anggota Vishva Hindu Parishad (VHP) bertindak mengarahkan jemaah haji yang datang ke daerah berkenaan untuk melakukan ketuk ketampi serta memohon maaf disebabkan mereka telah menunaikan solat di tepi jalan.

Kumpulan VHP itu turut menghantar jemaah haji berkenaan ke balai polis tempatan hanya kerana mereka menunaikan solat di bahu jalan.

Insiden yang berlaku pada 11 September itu tersebar luas menerusi sebuah rakaman video yang mula tular pada 13 September lalu.

“18 orang yang dalam perjalanan ke Ajmer telah dibawa ke Balai Polis Tihar pada malam Ahad atas aduan bahawa mereka sedang menunaikan solat di tepi jalan.”

“Mereka dibebaskan selepas mengemukakan permohonan maaf secara bertulis dan diberikan notis,” kata Superitendan Polis Tambahan, Sanjeev Vajpayee kepada sebuah agensi berita antarabangsa.

Sementara itu, pemimpin VHP tempatan, Rajesh Awasthi, individu yang melaporkan perkara itu kepada pihak polis berkata, dia memberi amaran kepada jemaah Islam bahawa mereka yang berada di Uttar Pradesh, daerah pemerintahan Yogi Adityanath adalah dilarang untuk menunaikan solat di tempat terbuka.

Sebelum ini, Polis Uttar Pradesh mendaftarkan kes terhadap 26 individu atas kesalahan menunaikan solat jemaah “tanpa kebenaran” di sebuah rumah di daerah Moradabad.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: